Dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG 1975, mereka telah mencadangkan nama sekolah ini daripada Sekolah
Kebangsaan Pekan kepada Sekolah Kebangsaan Seri Biram, Pekan.
Nama Seri Biram telah dicadangkan kerana mengambil sempena nama salah sebuah istana Sultan Pahang,
iaitu Istana Kota Biram Pekan. Istana ini telah diambil alih oleh kerajaan Pahang untuk dijadikan Muzium Pahang dengan nama
Muzium Sultan Abu Bakar.
Adapun nama sekolah ini telah diperkenankan oleh Baginda Sultan Pahang, Al Marhum Sultan Sir Abu Bakar
tidak lama sebelum kemangkatan Baginda dengan persetujuan bersama pihak JPNP.
Asal usul perkataan 'Biram' ini adalah daripada perangai seekor gajah kenaikan DiRaja Pahang yang
tiba-tiba naik 'berang' atau naik angin atau naik minyak kerana gangguan 'fizikal' dan mungkin 'mental' atau kehendak nalurinya.
Daripada perkataan 'Berang' inilah kemudiannya bertukar menjadi 'Biram'.
Ada pun tokoh yang memberi nama Seri Biram ini ialah Al Marhum Sultan Sir Abu Bakar sendiri, sebaik
sahaja istana itu diambil alih oleh Kerajaan Negeri Pahang, untuk dijadikan muzium kerana hendak dikekalkan juga nama Seri
Biram itu untuk dijadikan salah satu sejarah di Pahang ini. Maka dari tarikh itu - 1975 kekallah nama sekolah ini dengan nama
Sekolah Kebangsaan Seri Biram sehingga sekarang.