FUNGSI SEKOLAH
SKSB berfungsi memberi pendidikan kepada murid-muridnya dari Tahun 1 hingga Tahun 6 termasuk Pendidikan Khas agar menjadi
insan yang seimbang dan harmonis dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek berdasarkan pengabdian diri kepada Allah, seperti
yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Negara. Perkhidmatan Pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak pelanggan (ibu bapa)
dan 'stakeholders' (Kementerian Pendidikan Malaysia).
Dalam menjalankan tanggungjawab ini, Sekolah Kebangsaan Seri Biram telah menetapkan visi dan misinya seperti berikut :
VISI : Sekolah Kebangsaan Seri Biram menjadi sekolah perkasa mulai tahun 2005.
MISI : Berusaha memimpin dan mendidik untuk membangun dan mengamalkan sistem pengurusan pendidikan yang
berkualiti bagi ;
1. Melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan bina insan.
2. Melahirkan murid-murid yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, berdisiplin, berketerampilan dan seimbang.
3. Menyediakan peluang pendidikan yang sama kepada semua murid-murid tanpa mengira perbezaan tahap kecerdasan, sosial ekonomi
dan kaum.
4. Menjadi sekolah selamat, ceria dan perkasa.