Make your own free website on Tripod.com

Selamat Datang Ke Laman Web Sekolah Kebangsaan Seri Biram

Sejarah Sekolah
Home
Warga SKSB 2007
Sejarah Sekolah
Matlamat
Objektif
Fokus Utama
Kejayaan...
Galeri Foto Warga SKSB
Sekitar Perayaan Satu Abad...
Aktiviti SK Seri Biram 2007
Galeri Kenangan
Pautan
Hubungi Kami

    Sekolah ini didirikan pada tahun 1898 dengan nama Sekolah Melayu Pekan. Sekolah ini berlantaikan kayu dan beratapkan nipah. Pada awal penubuhan sekolah ini tidak mempunyai Guru Besar. Hanya pada tahun 1900, Guru Besar pertama telah dilantik iaitu Encik Embong bin Abd. Rahman.
    Pada tahun 1935 sebuah sekolah baru yang lebih selesa telah dibina dan diberi nama Sekolah Melayu Laki-laki. Semua murid laki-laki dari sekolah pertama dipindahkan ke sini manakala sekolah pertama tadi hanya dijadikan sekolah perempuan sahaja.
    Pada tahun 1941 sekolah ini ditutup (perang Dunia ke 2) tetapi dibuka semula pada tahun 1945 atas nama Sekolah Umum Pekan. Sekolah ini ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan Seri Biram dan mula dilengkapi dengan pelbagai kemudahan setanding dengan sekolah-sekolah lain. Sebuah surau berjaya didirikan hasil usaha guru dan PIBG. Penubuhan sebuah bangunan baru 6 bilik darjah pada tahun 1994 adalah bagi menampung pertambahan pelajar.
    Dalam perkembangannya, sekolah ini telah mengalami beberapa pertukaran Guru Besar. Pada tahun 1995, seorang Guru Besar perempuan telah ditukarkan ke sekolah ini. Beliau ialah Puan Hajah Naemah bte Haji Ali.
    Sejak penubuhannya, sekolah ini telah ditadbir oleh 27 orang Guru Besar (26 lelaki dan seorang perempuan).
 Pada tahun 1996, sekolah ini membuat lonjakan saujana apabila mencatat keputusan UPSR paling cemerlang dalam sejarah sekolah ini. Justeru itu pada tahun 1997 sekolah ini telah menerima Anugerah sekolah Harapan Negara bagi kategori Sekolah Rendah Dalam Bandar. Komitmen yang tinggi seluruh warga sekolah ini telah membawa kejayaan paling berprestij dalam pendidikan kepada sekolah ini apabila diisytiharkan sebagai Johan Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan peringkat kebangsaan pada tahun 1998. Pada tahun 1999, murid-murid sekolah ini sudah mula belajar komputer sehingga sekarang.

Tokoh Sekolah

    Dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG 1975, mereka telah mencadangkan nama sekolah ini daripada Sekolah Kebangsaan Pekan kepada Sekolah Kebangsaan Seri Biram, Pekan.
    Nama Seri Biram telah dicadangkan kerana mengambil sempena nama salah sebuah istana Sultan Pahang, iaitu Istana Kota Biram Pekan. Istana ini telah diambil alih oleh kerajaan Pahang untuk dijadikan Muzium Pahang dengan nama Muzium Sultan Abu Bakar.
    Adapun nama sekolah ini telah diperkenankan oleh Baginda Sultan Pahang, Al Marhum Sultan Sir Abu Bakar tidak lama sebelum kemangkatan Baginda dengan persetujuan bersama pihak JPNP.
    Asal usul perkataan 'Biram' ini adalah daripada perangai seekor gajah kenaikan DiRaja Pahang yang tiba-tiba naik 'berang' atau naik angin atau naik minyak kerana gangguan 'fizikal' dan mungkin 'mental' atau kehendak nalurinya. Daripada perkataan 'Berang' inilah kemudiannya bertukar menjadi 'Biram'.
    Ada pun tokoh yang memberi nama Seri Biram ini ialah Al Marhum Sultan Sir Abu Bakar sendiri, sebaik sahaja istana itu diambil alih oleh Kerajaan Negeri Pahang, untuk dijadikan muzium kerana hendak dikekalkan juga nama Seri Biram itu untuk dijadikan salah satu sejarah di Pahang ini. Maka dari tarikh itu - 1975 kekallah nama sekolah ini dengan nama Sekolah Kebangsaan Seri Biram sehingga sekarang.

Nostalgia

lama.gif

Ini adalah sebahagian dari bangunan lama yang masih kekal digunakan sehingga sekarang dan menempatkan bilik darjah bagi Tahun 2 dan 3.