Make your own free website on Tripod.com

Selamat Datang Ke Laman Web Sekolah Kebangsaan Seri Biram

Home
Warga SKSB 2007
Sejarah Sekolah
Matlamat
Objektif
Fokus Utama
Kejayaan...
Galeri Foto Warga SKSB
Sekitar Perayaan Satu Abad...
Aktiviti SK Seri Biram 2007
Galeri Kenangan
Pautan
Hubungi Kami
banner1.jpg
SKSB : Satu Keluarga Satu Budaya

Guru Abad Ke-21
     " Guru perlu mempunyai bukan sahaja pengetahuan dan kemahiran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi yang sentiasa berubah serta mendorong pembelajaran pelajar, malah berupaya memperoleh, menganalisis dan mentafsir pelbagai maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber, khususnya melalui multimedia untuk dijadikan ilmu yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara ".

FUNGSI SEKOLAH

SKSB berfungsi memberi pendidikan kepada murid-muridnya dari Tahun 1 hingga Tahun 6 termasuk Pendidikan Khas agar menjadi insan yang seimbang dan harmonis dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek berdasarkan pengabdian diri kepada Allah, seperti yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Negara. Perkhidmatan Pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak pelanggan (ibu bapa) dan 'stakeholders' (Kementerian Pendidikan Malaysia).

Dalam menjalankan tanggungjawab ini, Sekolah Kebangsaan Seri Biram telah menetapkan visi dan misinya seperti berikut :

VISI : Sekolah Kebangsaan Seri Biram menjadi sekolah perkasa mulai tahun 2005.

MISI : Berusaha memimpin dan mendidik untuk membangun dan mengamalkan sistem pengurusan pendidikan yang berkualiti bagi ;

1. Melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan bina insan.

2. Melahirkan murid-murid yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, berdisiplin, berketerampilan dan seimbang.

3. Menyediakan peluang pendidikan yang sama kepada semua murid-murid tanpa mengira perbezaan tahap kecerdasan, sosial ekonomi dan kaum.

4. Menjadi sekolah selamat, ceria dan perkasa.

 PIAGAM PELANGGAN
  • Berusaha meningkatkan pencapaian kurikulum dan kokurikulum.
  • Berusaha melahirkan murid-murid yang berdisiplin, berakhlak mulia serta berpegang teguh kepada ajaran agama.
  • Berusaha untuk menjalankan tanggungjawab dengan adil, cekap dan amanah di damping mengamalkan budaya penyayang.